Sabtu, 22 Oktober 2011

#004 PAT..it's just round the corner.

Salam.
In fact, it started yesterday.

Eeiii...semua budak2 tensen.  Hari Khamis barula nak umum periksa. 3 kali tukar jadual. Yelah, entah mana silapnya. habis kelang-kabut. Haruuu..............Pastu, memanglah kertas soalan setara, tapi camner ntah, SAMTTAR start lambat. So, bila PPD kata semua sekolah sama, alter balik.

I wonder if I can make it. I hope, please, please... let me into 2 Karomah. Amin...

Alkisah.
di sebuah sekolah.

"Naper kau ni, Era? Semacam aje aku tengok. Pucat betul!" Tegur Khalida. Apasal lain macam aje BFF aku ni..

"Tadi Hakimi jumpa aku." Era menjawab perlahan.

"Habis tu... apa dia nak? Dia tak kacau kau, kan? Dia buat apa kat kau? Meh aku kerjakan dia tu!" Minda Khalida berputar ligat mencari sebab Hakimi mencari Era. Rasanya, Hakimi, budak kelas sebelah, tidak ada apa-apa kena-mengena dengan mereka.

"Eh! Tak..tak yah, tak payah.." Segera Era menjawab.

"Era, sanggup kau tak bagitahu aku. Bukannya kau tak boleh percayakan aku. Merajuklah macam ni." 
Tiba-tiba sahaja Era menangis.

"Era..."

"Problem aku dah banyak, kau pulak nak sakat aku. Hakimi tu, dia minat aku... tapi takdelah aku balas ke, apa ke... Aku rasa sebab nak ngorat aku, tiap-tiap minggu dia kasi aku duit kredit. Kredit RM50 pun dia pernah kasi kat aku...Lepas tu dia kasi aku cincin 10 bentuk. Tapi aku tak guna satu pun yang dia bagi, sumpah! Semua aku bagi orang. Lepas tu, dia dapat tahu aku kapel dengan Johan, lepas tu..lepas tu.. dia suruh aku bayar balik semua duit dia. Marah betul dia waktu tu. Tapi mana aku nak cari duit..? Mana aku nak cari...?"

"Banyak ke Hakimi minta?" Tanya Khalida.

"RM300 jugalah.."

Terbuntang mata Khalida. "RM300?! Gila ke apa budak tu?!" Ya Tuhan, ujian apa la kau kasi ni...

Kesimpulannya, berhati-hatilah dalam menerima pemberian orang...mungkin ada maksud yang tersirat...
Jika kamoo suka seseorang tu, doakan aje kebaikan dia.. Nanti tak pasal-pasal dua-dua dapat dosa. Yelah, solat tak khusyuk' kamoo dapat dosa. Nanti yang penyebab tak khusyu' tu pun dapat dosa, kerana menjadikan kamoo dilamun cinta beruk... renungkanlah...


Tiada ulasan: